Menu Utama

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah EcoFirst ?
EcoFirst adalah satu kumpulan perniagaan dibawah syarikat holding iaitu EcoFirst Consolidated Berhad yang telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada tahun 1984. EcoFirst Consolidated Bhd mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan seperti Agro-Bioteknologi, Makanan Segera, Pembinaan (construstions), Perladangan, Hartanah, Network Marketing dan lain-lain lagi. Industri Network Marketing dijalankan oleh anak syarikat milik EcoFirst Consolidated Bhd iaitu :


EcoFirst Products Sdn. Bhd. (457059-V) AJL 931653

Lot 63A, LG Floor, South City Plaza,

Persiaran Serdang Perdana,

Seksyen 1, 43300 Seri Kembangan,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.

2. Apakah hubungan antara Empayar.com dengan EcoFirst ?
Tiada apa-apa hubungan secara rasmi. Empayar dot com adalah laman web yang didaftar atas nama domain www.empayar.com oleh pihak kami (rujuk admin). Ianya bertujuan untuk memudahkan rakan kongsi (networkers) di dalam kumpulan kami untuk membuat promosi peluang perniagaan MLM EcoFirst melalui media Internet. Empayar.com bukanlah laman web rasmi syarikat EcoFirst Products Sdn Bhd. Segala maklumat yang terkandung di dalam Empayar.com bukanlan informasi rasmi dari pihak syarikat. Ianya adalah "olahan" oleh pihak Empayar.com bagi tujuan mempromosikan peluang perniagaan EcoFirst secara lebih tepat, padat dan berkesan. Jika anda menyertai EcoFirst bersama kumpulan kami bermakna anda akan diberi laman web replika (PERCUMA) seperti ini kepada anda, dan anda adalah di dalam kumpulan Empayar.com.

3. Apakah perniagaan yang dijalankan oleh EcoFirst ?
EcoFirst Products Sdn Bhd adalah syarikat yang menjalankan perniagaan Multi Level Marketing - MLM yang berkonsepkan eCommerce atau eDagang. Lesen perniagaan AJL kami (AJL 931653) mempunyai tarikh tamat sehingga tahun 2011.


4. Adakah EcoFirst ini Skim Cepat Kaya..?
Ha..ha..ha.. Adakah anda bergurau..? Atau anda serius bertanya soalan ini..? Apa maksud soalan anda..? Adakah anda bermaksud Ecofirst ini seperti Skim Pak Man Telo, atau Skim pelaburan internet seperti SwissCash..?
Jawapannya TIDAK sama sekali. EcoFirst Products Sdn. Bhd. adalah menjalankan perniagaan MLM yang mempunyai lesen yang SAH dengan KPDN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Anda boleh melihat salinan lesen DISINI.

Suka saya ingin menegaskan disini bahawa EcoFirst menjalankan perniagaan secara eCommerce atau eDagang. Melalui pelan Hybrid 3rd Generation. Anda berpeluang menjadi KAYA dengan CEPAT jika mengikuti pelan pemasaran kami dengan bersungguh-sungguh. Ada diantara ahli kami di Empayar.com telah mengumpul lebih RM30k dalam masa hanya tak sampai 5 bulan. Kini ada dikalangan kami yang sudah berpendapatan melebihi RM10k sebulan walaupun sebelum ini tidak pernah berjaya dalam mana-mana syarikat MLM yang mereka pernah ceburi. Ada juga dikalangan kami yang sudah berpendapatan 5 angka walaupun EcoFirst ini adalah MLM pertama yang mereka ceburi. Anda juga berpeluang untuk menjadi KAYA dengan CEPAT.

5. Apakah jenis produk yang dipasarkan dan bagaimana jenis pelan perniagaan?
Produk yang dipasarkan adalah terdiri dari Penjagaan Kecantikan, Kosmetik, Pemakanan kesihatan, Minuman kesihatan, Penjagaan rumah, Penjagaan kebersihan diri, Penjagaan kereta, Rawatan air, barang kemas dan Korset pelangsingan badan.

6. Adakah berbentuk Piramid atau Binary ?
Bentuk pelan pemasaran ialah Pelan Hybrid 3rd Generation. Ianya sama-sekali BUKAN binary atau BUKAN skim piramid.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Hybrid 3rd Generation Plan..?
Hybrid 3rd Generation Plan adalah Pelan MLM yang terkini yang menggabungkan pelbagai pelan pemasaran MLM diluar sana untuk memberi kesesuaian kepada lebih ramai orang. Kebanyakan syarikat MLM yang menjalankan konsep eCommerce menggunakan pelan Hybrid yang bermaksud gabungan antara BINARI dan Tradisional. Pelan Hybrid biasa adalah menjurus kepada BINARI kerana pelan Hybrid biasa akan memisahkan "pay out" Binari dan Tradisional yang di istilahkan sebagai Pelan A dan Pelan B. Pelan Hybrid biasa adalah 95% menjuruskan kepada BINARI kerana pengedar mereka hanya menjalankan Plan A sahaja (iaitu Binari) yang hanya perlu mencari 2 kaki sahaja. Pelan BINARI adalah di HARAMkan di Malaysia.

Plan Hybrid 3rd Generation adalah sama sekali bukan BINARY kerana jumlah minimum kaki yang wajib dipasang adalah 3 kaki. BUKAN 2 (BINARY) tapi 3 iaitu Tri-Nari. Plan Hybrid 3rd Generation kami menggalakkan "repeat sale" dan bonus yang diperolehi adalah bukan semata-mata dari kemasukan ahli baru.

Pelan Hybrid 3rd Generation kami juga menyediakan 2 kaedah pembayaran iaitu pembayaran melalui Bonus Harian dan Bonus Bulanan. Anda digalakkan membuat pembelian minimum 100PV (untuk guna sendiri sahaja) bagi melayakkan diri anda mendapat kesemua jenis bunus yang disediakan iaitu secara harian dan bulanan. Setiap pembelian produk yang dilakukan oleh ahli lama, ianya akan menyumbangkan kepada jumlah pembayaran bunus HARIAN dan BULANAN seseorang distributor itu.

8. Adakah Pakej A (Perak) & Pakej B (Platinum) itu pakej asal dari Syarikat EcoFirst?
Ya.. memang betul. Ia adalah pakej asal yang dikeluarkan oleh syarikat EcoFirst.

9. Apakah kelebihan Pakej B (Platinum) berbanding Pakej A (Perak)..???
Benar sekali, pakej asal syarikat (Pakej A - Perak) adalah lebih rendah iaitu serendah RM355. Bermakna, untuk memulakan perniagaan dengan Ecofirst, anda boleh memulakan dengan modal serendah RM355.
 

Tetapi kenapa saya hanya mempromosi Pakej B (Platinum) sahaja dan BUKAN Pakej A (Perak)..?

Pertamanya adalah : Untuk memudahkan Proses DUPLIKASI
 

Kejayaan dalam perniagaan MLM adalah bergantung kepada berapa peratuskah keupayaan anda untuk menduplikasikan kepada rangkaian anda. Jika saya mempromosikan Pakej A (Perak), yang paling rendah iaitu sebanyak RM355.. Ya tentu semestinya ramai yang akan memilih pelbagai pakej dan pelbagai kombinasi mengikut kefahaman masing-masing. Jika berlaku demikian ianya amat sukar untuk diduplikasi kerana kita tidak dapat memfokus secara tepat.

Kebanyakan dari mereka juga akan mengambil pakej yang paling rendah iaitu RM355 kerana mungkin mereka masih lagi was-was atau ragu-ragu. Apabila mereka berbuat demikian, maka sesetengah dari mereka tidak akan membuat komitment sepenuhnya kerana pada sangkaan mereka, kalau tidak berjaya pun tak apa kerana mereka tidak meletakkan modal yang tinggi. Ingin saya menegaskan disini, Anda tidak perlu menyertai kami jika untuk suka-suka.

Tetapi jika anda sudah puas atau sudah jemu berada didalam kegagalan, malas untuk berjumpa orang atau prospek, tak pandai bercakap, TETAPI anda masih lagi menaruh sedikit harapan atau kepercayaan yang MLM memang terbukti boleh BERJAYA. Cuma mungkin giliran anda belum tiba. MAKA saya menyeru anda untuk membuat percubaan terakhir melalui sistem kami. Sebenarnya hari ini merupakan giliran anda pula untuk menempah kejayaan berpendapatan RM100,000 setiap bulan. Jangan terkejut, jika kehidupan anda mula berubah setelah beberapa bulan bersama kami. Sertailah kami dengan penuh komitment.

 

Adakah anda rasa mahal..??

Sahabatku sekalian... Modal Pakej B (Platinum) RM1,525 sekali seumur hidup dan mempunyai potensi pendapatan maksimum RM3,500 setiap hari. Bermakna potensi pendapatan anda melebihi RM105,000 sebulan. Tidak ada perniagaan diluar sana yang boleh menjana RM105,000 setiap bulan dengan hanya bermodalkan RM1,525.

Kalau anda ingin berniaga store burger, berapakah modal yang anda terpaksa keluarkan untuk membeli peralatan termasuk kuali leper, tong gas, store dan lain-lain lagi.?

Saya yakin dan pasti ianya melebihi RM1,525. Tetapi berapakah potensi pendapatan yang boleh diperolehi. Pernahkah anda dengar penjaja burger berpendapatan RM100,000 sebulan..? Saya belum pernah dengar lagi. Pun begitu masih ramai yang sanggup mengeluarkan modal antara RM3,000 ke RM5,000 untuk memulakan bisnes burger. Jadi untuk membina perniagaan EcoFirst yang menjanjikan potensi pendapatan RM3,500 sehari (satu Akaun) dengan hanya bermodalkan RM1,525 adalah sangat "ciput". Jika anda betul-betul mahu, RM1,525 adalah sangat kecil.

Jika anda melihat perniagaan restoran (Restoran Mamak) kebanyakan mereka menyewa 2 ke 3 lot serentak. Boleh menampung sehinga 50 ke 100 meja. Waktu perniagaan biasanya 24jam, mempunyai 15 ke 20 pekerja. Kebiasaanya mereke boleh membuat kutipan antara RM2,000 ke RM5,000 sehari. Bermakna mereka boleh membuat kutipan (collection) antara RM60,000 ke RM150,000 setiap bulan, TETAPI berapakah modal yang perlu mereka laburkan pada peringkat permulaan.?
Jika mereka menyewa dan mengubahsuai 3 lot serentak, sertai dihiasi dengan perabot "fully furnish", maka modal mereka bukan RM1,525, tapi saya rasa antara RM300,000 ke RM500,000.

Jika anda memahami betul-betul konsep MLM dan sistem eCommerce, modal RM1,525 berpotensi pendapatan sehingga RM105,000 sebulan adalah bukan sesuatu yang pelik.
 

Di luar sana ada juga sistem yang bertopengkan MLM, memaksa ahli mereka untuk mengeluarkan modal besar untuk membeli pangkat. Ada yang membayar sehingga RM23,000, ada yang RM40,000, ada juga yang bayar sehingga RM60,000 dan sebagainya. Ramai juga yang sanggup menyertai, ada dikalangan mereka yang berjaya dan majoriti nya adalah yang gagal. Mereka sanggup mengeluarkan puluhan ribu untuk menyertai sistem yang gagal itu.

Jika anda faham sistem kami, modal sekali sahaja hanya RM1,525 untuk Pakej B (Platinum) yang berpotensi memperolehi pendapatan RM3,500 sehari.. Anda tidak mengalami kerugian lansung kerana anda akan mendapat produk berkualiti (research) bernilai melebihi RM1,500. Jika anda masih ragu-ragu dan takut jikalau tidak berjaya.. ? Anda hanya guna sendiri dan cerita kepada kawan-kawan sahaja.. masih belum rugi bukan..!!! Ingat! Kesihatan ialah mahkota kepada orang yang tahu menilai. Jadi ..!!! apa yang anda rugi...??

Boleh ke saya berpendapatan sedemikian..?
Boleh atau tidak boleh itu bergantung kepada kemahuan anda. Hari ini, jika anda mahu. Anda pasti boleh. Sistem EcoFirst membenarkan untuk anda berpendapatan sedemikian bahkan lebih. Paling MALAS anda, hanya perlu lakukan promosi sahaja seperti yang ditunjukkan dalam "member area". Jika anda berterusan melakukannya tanpa berjumpa sesiapa, paling kurang anda berpendapatan RM10,000.00 sebulan. Untuk memahami lebih lanjut, anda boleh rujuk secara personal dengan saya.

 


10. Kalau saya tidak mampu mengeluarkan modal RM1,525, bolehkan saya menyertai EcoFirst..?
Boleh!! Untuk menyertai EcoFirst, modal hanya RM355 sahaja. Tapi untuk menyertai kumpulan Empayar.com, anda mesti bermula dengan RM1,525. Jika anda masih lagi mahu mengulangi kegagalan anda yang lepas. Persilakan, anda boleh sertai dengan pakej terendah bernilai RM355.
 

Hari ini anda sudah berkali-kali membaca laman web ini, anda sudah faham segala-galanya, cuma anda masih lagi merasakan RM1,525 adalah terlalu mahal. Sebenarnya bukan mahal, tetapi anda yang belum bersedia untuk berkomitment 100%. Setakat ini anda sudah mendapat pelbagai maklumat tentang perniagaan ini, sedangkan anda BELUM pernah berjumpa saya. Betul tak? Inilah salah satu kehebatan laman web ini. Ianya tolong bercakap bagi pihak saya. Tolong membuat penerangan bagi pihak saya. Anda tahu saya sedang buat apa sekarang? (ketika anda sedang membaca catatan ini). Saya sedang nyenyak tidur atau mungkin saya sedang shopping bersama isteri saya.

Itulah kelebihan laman web ini. Anda juga akan mendapat laman web seperti ini secara PERCUMA. Laman web kami akan tolong bercakap kepada prospek anda bagi pihak anda. Kami tidak akan mengenakan caj extra untuk laman web ini. Ianya diberi PERCUMA untuk ahli dalam kumpulan saya SAHAJA.

Saya tanya anda sekali lagi...?
1. Anda tak pandai bercakap tentang MLM.. betul ?
2. Anda malas jumpa orang untuk ajak MLM.. betul ?
3. Anda malas nak ajak orang berkali-kali untuk masuk MLM... betul..?
4. Anda malas nak jual barang..... betul?
5. Anda pemalu nak membuat presentasi di khalayak ramai... betul ?
6. Anda muka tak tebal kan... betul..?


Kalau semua jawapan betul..!!! anda tak akan berjaya buat MLM, kecuali melalui sistem kami di Empayar.com

Sistem kami akan melakukan semuanya untuk anda. Anda hanya perlu lakukan PROMOSI.. PROMOSI.. PROMOSI.. SAHAJA.

Laman web Empayar.com berbeza dengan laman web penajaan yang lain. Mereka HANYA mampu merekrut ahli percuma sahaja (Free Members) yang tidak mendapat sebarang hasil kepada anda. Tetapi melalui sistem kami. Empayar.com akan bekerja selama 24 jam untuk anda sehingga 7 hari seminggu, setiap minggu walaupun anda sedang tidur atau seronok ber"shopping" dengan isteri dan anak-anak anda.

 

Empayar.com akan :
1. Mencari downline untuk anda.
2. Membuat follow up supaya prospek anda menyertai dibawah anda.
3. Menukar FREE member yang mendaftar dilaman web anda kepada Ahli VIP
    (upgraded) yang akan membawa keuntungan kepada anda.
4. Web replika PERCUMA untuk menjual produk anda. Anda mengambil
    keuntungan 100%.
5. Web kami akan menjawab segala permasalahan yang diajukan oleh prospek
    atau downline anda.
6. Web kami akan melakukan semua "administrations job" untuk anda.
7. dan macam-macam lagi.
 

Anda hanya perlu melakukan 1 perkara sahaja iaitu PROMOSI.. PROMOSI.. PROMOSI..  dan terus PROMOSI setiap hari tanpa rasa jemu.

11. Saya tak pandai promosi di internet, bagaimana saya ingin melakukannya?
Wow..! Itu soalan bagus, sememangnya saya menunggu-nunggu untuk menjawab soalan itu. Latihan serta tunjuk ajar serta cara-cara anda membuat promosi secara online akan diajar secara PERCUMA di bahagian "Banner Promosi & Web Iklan PERCUMA" di dalam menu ahli (untuk yang sudah membuat bayaran sahaja). Kami juga akan menganjurkan kursus-kursus secara offline yang akan diberitahu melalui ruangan Berita Terkini dari masa ke semasa.

Jadi untuk memperolehi sistem yang serba lengkap seperti ini, anda cuma perlu menyertai kumpulan kami sahaja dengan pakej sekurang-kurangnya Pakej A (Perak) yang berharga RM355 sahaja. Upgrade sekarang..!! KLIK SINI.

12. Saya tidak mampu untuk mengeluarkan modal RM1,525, bolehkah saya menyertai kumpulan Empayar.com dan memiliki laman web percuma seperti ini.?
Tak mampu..!!? Betul ke anda tak mampu atau anda tidak berani untuk mengeluarkan modal RM1,525. Jika anda tidak mampu, saya ada beberapa cara supaya anda mampu mendapatkan modal RM1,525. Jika anda tidak yakin untuk mengeluarkan modal RM1,525 (tapi anda mampu), saya juga ada cara bagaimana untuk menyakinkan anda.

Jika anda tidak mampu:
Saya masih lagi tidak percaya jika anda tidak mampu mendapatkan RM1,525. Nak seribu daya, anda mesti berterus terang dengan saya, betulkah anda tidak mampu..? Ramai orang akan berkata "saya tak ada duit sebanyak itu", sebenarnya mereka tidak betul-betul nampak peluang yang diberikan, jika mereka nampak, lebih dari itu pun mereka boleh cari untuk dijadikan modal.

Ramai orang kita yang terjebak dengan skim cepat kaya, atau investment tipu di internet. Mereka sanggup mengeluarkan modal beribu-ribu sebab mereka nampak peluang. Tapi akhirnya mereka kecewa setelah mereka dapati apa yang mereka sertai adalah "skim pak man telo moden" atau "money game".

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi "terpaksa". Sebagai contoh; Jika orang kesayangan anda (ibu anda atau isteri anda atau anak anda) yang sedang sakit tenat di wad kecemasan di sebuah hospital. Doktor memberitahu anda bahawa mereka terpaksa di bedah segera untuk menyelamatkan nyawa orang kesayangan anda tadi. Kos pembedahannya adalah RM1,525 sahaja, yang mana anda terpaksa mendapatkan duit tersebut secepat mungkin jika tidak mungkin nyawa orang kesayangan anda akan melayang (ini contoh sahaja).

Jadi apakah tindakan anda..?
Adakah anda akan memberitahu doktor tersebut yang anda tidak ada wang..!! Atau anda akan berusaha mendapatkanya "by hook or by crook" demi untuk menyelamatkan nyawa orang kesayangan anda. Saya tidak tahu apa yang akan anda lakukan. Tapi kalau saya. sudah pasti saya akan berusaha sepenuhnya untuk mendapatkan wang tersebut, saya sanggup jual apa saja harta di rumah saya termasuk komputer, handphone atau motor buruk atau apa-apa saja. Saya juga sanggup berhutang dengan saudara-mara atau kawan-kawan, pada saat ini muka dah menjadi tebal dan tak tahu malu. Saya sanggup menjadi pengemis meminta bantuan kewangan dari sesiapa saja demi untuk menyelamatkan orang kesayangan saya.


Cuba anda fikir-fikirkan.. RM1,525 hanya diperlukan sekali sahaja dalam bisnes ini, kemudian anda berusahalah semahu-mahunya dan mendapat pendapatan "TANPA HAD" selama-lamanya insyaAllah. Saya memberi jaminan kepada anda bahawa ini adalah REAL Business bukannya "money game" atau "skim investment tipu di internet".

Jika anda MAMPU tapi tidak yakin:
Jika anda mampu bermodalkan RM1,525, tetapi tidak yakin, takut terjadi lagi seperti sebelum ini. dah banyak yang saya sertai tapi sekerat jalan sahaja.

Satu perkara yang saya boleh bagi jaminan ialah, kami menjalankan perniagaan sebenar (real bisnes). Anda mesti berazam dan bertekat yang anda akan melakukannya tanpa putus asa. Cuba kaji semula bisnes yang anda ceburi sebelum ini.

Kenapa anda gagal?
Mesti ada sebabnya. Adakah disebabkan oleh syarikat atau perniagaan tersebut atau disebabkan oleh anda sendiri yang berhenti di tengah jalan. Kalau disebabkan oleh syarikat tutup kedai, itu saya tidak boleh tolong, tapi kalau disebabkan oleh anda sendiri, insyaAllah saya boleh tolong. Anda mesti sanggup mengubah sikap lama anda yang menyebabkan anda tidak berjaya kepada sikap atau tabiat baru yang lebih positif.

Untuk melahirkan keyakinan pada diri anda terhadap bisnes ini bukan sesuatu yang PAYAH. Memang keyakinan tidak boleh datang sendiri jika anda hanya berada di rumah tanpa membuat sebarang penyelidikan. Anda sekurang-kurangnya datang ke Ibu Pejabat kami di Seri Kembangan, South City Plaza atau menghubungi admin (Sazali - 012 3671850) untuk mendapat maklumat lanjut. Anda juga boleh melihat testimoni-testimoni orang yang berjaya dari segi kesihatan mahu pun kewangan, anda juga boleh menghubungi saya secara terus untuk mendapat makumat tepat tentang bisnes ini dan juga tentang perjalanan laman web Empayar.com ini.

Anda boleh menggunakan ruangan hubungi kami berkali-kali untuk mendapat maklumat lanjut. Pastikan anda masukkan nama, email yang betul atau nombor hp anda untuk kami menghubungi anda semula.

13. Kebanyakan orang sudah takut, dulu suka TETAPI sekarang fobia.
Fobia...!! kenapa fobia..? Mungkin sebelum ini anda pernah terkena tipu atau SCAM..!! Ya.. mungkin bagi yang dah pernah terkena akan menjadi fobia. Sesuatu perkara yang saya boleh gerenti ialah, EcoFirst BUKAN "skim cepat kaya" atau "money game". Dulu mungkin anda menyertai tanpa membuat siasatan, tapi kali ini saya syorkan anda datang sendiri ke Ibu Pejabat kami di Seri Kembangan, South City Plaza, hubungi saya atau upline anda dalam laman web ini. Anda pastikan sendiri berkali-kali, walaupun sehingga hari ini anda telah berkali-kali membaca laman web ini.